Monday, May 26, 2008

Pemilihan AJK PERTADI di kalangan Pegawai Sains

Untuk memantapkan lagi perkhidmatan kumpulan Pegawai Sains UKM, PERTADI telah memberi peluang untuk Pegawai Sains bergiat aktif dalam persatuan tersebut dengan membuka keahlian untuk memilih wakil Pegawai Sains sebagai AJK tertinggi dalam PERTADI.

Oleh yang demikian, semua ahli PERTADI dari kumpulan Pegawai Sains dialu-alukan untuk memilih wakil mereka menjadi AJK. Pemilihan boleh dibuat di:

http://pemilihan.pertadi.ukm.my/


Jangan lepaskan peluang anda untuk mengundi!!

p/s: sekadar makluman, pegawai-pegawai sains yang baru dilantik ( juga yang lama dan masih belum aktif) amat dialu-alukan untuk meng'aktifkan diri dalam mailing list, soukm@ukm.my dan juga blog www.pegawaisainsukm.blogspot.com

Monday, May 19, 2008

KURSUS PERKHIDMATAN SAINS

Maklumat kursus

Laboratory Quality Management System (ISO/IEC 17025)
Tarikh : 26 - 28 Mei 2008
Tempat: Resident Hotel, UNITEN
Kumpulan sasaran : Pegawai Sains


Good Lab Practice (GLP)
Tarikh : 3-4 Jun 2008
Tempat : Unit Latihan, Bangunan Kris Mas
Kumpulan Sasaran : Pegawai Sains dan sokongan


Permohonan boleh dibuat melalui UNIT LATIHAN, JABATAN PENDAFTAR

From Kak Mala

Thursday, May 15, 2008

Lawatan ke Kualiti Alam Sdn. Bhd Negeri Sembilan

Pejabat Pengawas Keselamatan telah mengadakan satu lawatan ke Kualiti Alam Sdn Bhd bertempat di N.Sembilan pada hari ini (15 Mei). Rombongan lawatan terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Juruteknik dan Pembantu Makmal. Lawatan diketuai oleh Pegawai Sains Pejabat Pengawas Keselamatan, saudari Siti Rahimah Umar. Antara objektif lawatan ialah untuk:

1. Meninjau kaedah pelupusan sisa kimia yang dijalankan
2. Melihat peralatan yang digunakan dalam proses pelupusan
3. Melawat makmal-makmal penyelidikan pelupusan sisa
4. Mendengar taklimat operasi organisasi Kualiti Alam Sdn Bhd.

Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat dirakam di sana. Gambar lain kena tunggu dari kamera Siti Rahimah..





p/s: 4 orang pegawai sains yang turut serta ialah

1. Mohd Faizal Aziz ( IMEN)
2.Mohd Nor Faizal ( Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
3. Siti Rahimah Umar (Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
4. Lupa nak tanya nama ( sapa nama ekk)

oleh..faizal (IMEN)