Tuesday, October 14, 2008

Perjumpaan Tahunan Kumpulan Pegawai Sains UKM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Tahunan Kumpulan Pegawai Sains UKM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 28 Oktober 2008 (Selasa)
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tempat Meletak kenderaan Di Fakulti Kejuruteraan amatlah terhad. Tuan/Puan diminta untuk meletakkan kenderaan di ruang hadapan foyer bangunan Fakulti Kejuruteraan, di hadapan bangunan Inovasi (bangunan baru) dan di kiri kanan jalan menuju ke Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM). Sebarang masalah atau pertanyaan anda diminta untuk menghubungi Pn.Farizah Ansarudin di talian 012-2367935


Agenda Majlis

9.30 pagi : Pembentangan Spesifikasi Tugas Pegawai Sains Modul FST oleh Pn Normala
10.30 pagi : Pembentangan Usul/Perkara-Perkara Berbangkit
11.00 pagi : Pembentangan laporan Aktiviti K-Sains Sesi 2007/2008
11.30 pagi : Perlantikan Pengerusi Sementara
11.40 pagi : Perlantikan AJK Baru Sesi 2008/2009
12.15 tgh : Pengenalan AJk Baru
12.30 tgh : Jamuan Tengah Hari / Sambutan Hari Raya 2008


Pemilihan tarikh 28 Okt. 2008 adalah berdasarkan pandangan daripada rakan-rakan Pegawai Sains dan AJK Tetap Pegawai Sains UKM amat menghargai atas cadangan yang diusulkan kepada kami. Kami juga percaya tarikh yang dipilih ini tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak atas faktor kerja, kekangan masa dan hal-hal lain.Justeru itu, AJK Tetap Pegawai Sains memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.


Sumbangan kewangan (Ringgit Malaysia) boleh diserahkan kepada wakil-wakil Gugusan/Fakulti/Institut yang telah dilantik (sila rujuk laman blog http://www.pegawaisainsukm.blogspot.com/). Sumbangan kewangan juga boleh diserahkan terus kepada Pn.Normalawati Shamsudin (Bendahari). Sumbangan lain seperti kuih muih, makanan segera, kacang, bun, donat dan minuman boleh juga dihulurkan untuk menjayakan sambutan Aidilfitri julung-julung kali diadakan ini.


Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada;


Mohd Hairul Faizal Ahmad
Setiausaha IIAJK Tetap Pegawai Sains UKM
03-91456186

14 Okt. 2008