Sunday, June 29, 2008

Selamat Bersara!!

Untuk makluman semua, pada 27/6/2008 baru-baru ini, salah seorang AJK Komuniti PS telah bersara pilihan sebagai pegawai sains setelah berkhidmat selama lebih 24 tahun dengan perkhidmata kerajaan di HUSM (1984-1992) dan HUKM (1992-2008). Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Norhayati Mohd Yassin dari Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan HUKM.
Selama berkhidmat di UKM beliau telah mencurahkan banyak tenaga dan bakti serta membantu dalam projek penyelidikan yang dijalankan di HUKM. Atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan, beliau telah mendapat pelbagai anugerah antaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004, Anugerah Tesis Cemerlang 2005 dan Anugerah Dekan 1999.

Kami selaku AJK Pegawai Sains dan rakan-rakan PS yang lain mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi Puan Norhayati demi mewujudkan Komuniti Pegawai Sains yang aktif di UKM seterusnya menyumbang sesuatu untuk kecemerlangan universiti. Kami juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata atau kelakuan yang menyinggung perasaan sepanjang menjalankan tugas.

Salam hormat dari kami Komuniti Pegawai Sains Universiti Kebangsaan Malaysia!

Selamat Bersara!

p/s: harap maaf, tiada gambar.

~faizal~

Tuesday, June 17, 2008

Wacana Ilmu



Tajuk
Fizik dan Metafizik: Jambatan Penting untuk dihuraikan oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum

Penceramah
Prof. Dr. Shahidan Radiman

Tarikh & Tempat
10 Julai 2008
Khamis, 2.30 Petang Bilik Majlis Aras 5, UKM

Jom ramaikan majlis ilmu

by faizal

Thursday, June 12, 2008

Berita Kenaikan Pangkat

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pegawai Sains yang dinaikkan pangkat ke jawatan C48 dan C44 baru-baru ini.

Pegawai Sains C48

1. Puan Normalawati Shamsuddin (Unit Elektron Mikroskopi)
2. En. Mohd Danori Sardi ( HUKM )
3. Puan Maimunah (HUKM)


Pegawai Sains C44

1. En. Bisharuzi Omar (Lestari)
2. En Hairul Faizal Ahmad (Di tukar ke HUKM dari FST)
3. Puan farizah Ansarudin (F.Kejuruteraan)
4. Roszita Ibrahim (UMBI)

Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan!

Monday, June 9, 2008

AGM PERTADI di Kompleks Tun Abdullah Salleh

Jumaat, 6 Jun minggu lalu telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan PERTADI UKM 2008 di Kompleks Tun Abdullah Salleh. Dalam mesyuarat diumumkan juga pemilihan AJK baru PERTADI sesi 2008-2010 . Antara agenda mesyuarat ialah:

I. Ucapan Pembukaan oleh Presiden

II. Pelantikan Dua (2) Orang Pencatat

III. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PERTADI 2007

IV. Perkara Berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung Tahunan PERTADI 2007

V. Membentang dan Meluluskan Laporan Tahunan PERTADI 2007-2008

VI. Membentang dan Meluluskan Laporan Kewangan Tahunan Berakhir Pada 31 Dis. 2007

VII. Pelantikan Pengerusi Sementara

VIII. Pembubaran Ahli Jawatankuasa Kerja PERTADI Tahun 2006-2008

IX. Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja PERTADI Tahun 2008-2010

X. Pembentangan dan Perbahasan Usul Bertulis

XI. Hal-Hal Lain

XII. Ucapan Penangguhan Presiden Sesi 2008-2010

Tahniah diucapkan kepada saudara Bisharuzi Omar dari LESTARI kerana terpilih menganggotai AJK PERTADI. Semoga dengan perlantikan tersebut akan merancakkan lagi program-program PERTADI umumnya dan Perkhidmatan Pegawai Sains secara khusus di universiti.



by faizal

Friday, June 6, 2008

MAKLUMAT KURSUS



#1 .GOOD LAB PRACTISE

Terbuka untuk P.Sains dan Pen.Peg.Sains
Pada 19-20 /6/2008
Di Residence Hotel
Anjuran Unit latihan




#2. KURSUS INVENTORI MAKMAL
Terbuka kepada semua ( P.Sains di alu-alukan)
Pada 17/6/2008
Bertempat di FST
Anjuran Unit Latihan

Maklumat dari En Kamarul Hata