Monday, February 22, 2010

Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) JOHAN KESELURUHAN sempena Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat IPTA Kali ke-6 yang telah berlangsung di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia pada 18-20 Februari 2010 dengan mengalahkan sepuluh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lain.
Antara anugerah lain yang diterima oleh UKM adalah seperti berikut :

Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Kumpulan CHARGE dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina,UKM
Naib Johan Kategori Teknikal
Kumpulan BENUA CIPTA dari Jabatan Perkhidmatan Radiologi, PPUKM

Anugerah Fasilitator Terbaik
Puan Farizah Ansarudin (Kumpulan Charge)

Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.

Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.
(ewarga/bul/bil.22022010-82)

Thursday, February 11, 2010

Kursus/latihan/bengkel dianjurkan oleh PKKP 2010.


Berikut Kursus yang dianjur oleh Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM, jika ada pertanyaan sila hubungi:

Mohd Noor Faizal Mohd Nadzir

Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Emel:mnfaizal@ukm.my Tel: 03-89213257 Faks: 03-89269470

· Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 1 (10 Mac 2010)

· Kursus keselamatan Di Tempat kerja Ke 13 (3-6 Mei 2010)

· Bengkel Tindakan Kecemasan Pegawai Insiden Ke 3 (25- 27 Mei 2010)

· Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 2 (2 Jun 2010)

· Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM Ke 3 (26-30 Julai 2010)

· Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 3 (13 Oktober 2010)

· Bengkel Tindakan Kecemasan Sinaran (30 Nov- 1Dis 2010)

*Tertakluk kepada sebarang pindaan.

Kamarul Hata Abu