Wednesday, January 19, 2011



Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains

Pada 8 Januari 2010 Kumpulan Pegawai Sains (k-Sains) telah mengadakan aktiviti pembuka tirai tahun 2011 iaitu Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains bertempat di Bangi Superbowl, Bandar Baru Bangi. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, persefahaman dan semangat kerjasama di kalangan warga UKM amnya dan kumpulan Pegawai Sains khasnya. Justeru, Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains ini diharapkan dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan sedia ada di samping dapat mencungkil bakat dalam permainan boling. Tujuh kumpulan yang terlibat iaitu Bakawali, Fasurali, FST, Power-Root, Unknown, Lestari dan Wonder Girls. Aktiviti ini bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Pertandingan diadakan secara liga bagi menentukan juara kumpulan/berpasukan dan individu. Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori Berpasukan

Pertama : Power-Root (FKAB)

Kedua : FST

Ketiga : LESTARI

Kategori Individu (Lelaki)

Pertama : Mohd Fadle Abu Sadin

Kedua : Nazren Leman

Ketiga : Mohd Rohaizat Tahir

Kategori Individu (Wanita)

Pertama : Hani Azlin Hussin Shaukat

Kedua : Nor Azimah Ismail

Ketiga : Lily Khairiah Kadaruddin

Kategori Misteri

Gaya Balingan Terbaik : Maizah Mohammad

Penampilan Terbaik : LESTARI

Raja Longkang : Kamarul Ifzam Mohd Zain

Ratu Longkang : Suzana Abu Bakar

Pemain Harapan : Norlinda Omar

Best Team Leadership : FST

Diharapkan agar k-Sains sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan misi dan visi UKM sebagai satu landasan untuk mengilham harapan seterusnya mencipta masa depan.

Unit Sukan & Rekreasi,k-Sains