Thursday, May 20, 2010
PERJUMPAAN PRA-AGM KUMPULAN PEGAWAI SAINS UKM (K-SAINS)
Wakil Fakulti/Gugusan/Institut.
UKM Kampus Bangi, UKM KL, PPUKM
Dimaklumkan bahawa Perjumpaan Pra-AGM Kumpulan Pegawai Sains UKM (K-Sains) akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 2:30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat G148
Bangunan Sains Biologi, PPBsBt
Fakulti Sains dan Teknologi (FST)
Universiti Kebangsaan Malaysia
Sehubungan dengan itu, tuan/puan adalah diminta hadir untuk menjayakan mesyuarat ini. AJK Tetap K-Sains diwajibkan hadir manakala AJK mewakili Gugusan/Institut/Fakulti boleh menghantar wakil jika tidak dapat hadir pada mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.
mhfa.
Friday, April 30, 2010
Anugerah Inovasi Ke-5 UKM
Monday, February 22, 2010
Tahniah - UKM Johan Keseluruhan Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke-6
Johan Keseluruhan dan Johan Kategori Teknikal
Anugerah Fasilitator Terbaik
Dua puluh (20) IPTA terlibat dalam konvensyen KIK yang diadakan pada tahun ini. Namun hanya sebelas (11) pasukan IPTA yang bertanding. Mereka ialah dari Universiti Sains Malaysia selaku tuan rumah, UKM, Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Universiti Malaysia Pahang dan Universiti Malaysia Perlis.
Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan ini.
(ewarga/bul/bil.22022010-82)
Thursday, February 11, 2010
Kursus/latihan/bengkel dianjurkan oleh PKKP 2010.
Berikut Kursus yang dianjur oleh Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM, jika ada pertanyaan sila hubungi:
Mohd Noor Faizal Mohd Nadzir
Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Emel:mnfaizal@ukm.my Tel: 03-89213257 Faks: 03-89269470
· Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 1 (10 Mac 2010)
· Kursus keselamatan Di Tempat kerja Ke 13 (3-6 Mei 2010)
· Bengkel Tindakan Kecemasan Pegawai Insiden Ke 3 (25- 27 Mei 2010)
· Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 2 (2 Jun 2010)
· Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKM Ke 3 (26-30 Julai 2010)
· Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 3 (13 Oktober 2010)
· Bengkel Tindakan Kecemasan Sinaran (30 Nov- 1Dis 2010)
*Tertakluk kepada sebarang pindaan.
Kamarul Hata Abu
Thursday, January 28, 2010
Taklimat Keselamatan Makmal Siswazah
Taklimat Keselamatan Makmal Siswazah
28 Januari 2010
9.00 – 11.00pagi
Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,
FST, UKM.
Merangkumi taklimat peraturan dan keselamatan makmal, demonstrasi penggunaan pemadam api, ‘safety shower & eye wash’ dan penayangan video keselamatan (bahan dari pejabat KKP UKM). Seramai 40 orang pelajar siswazah hadir ke taklimat dan demonstrasi berkenaan.
Dilakukan dengan kerjasama pihak JKKP PPBsBt dan Penyelaras Siswazah PPBsBt.
Kamarul Hata Abu
Monday, January 25, 2010
LAWATAN PENANDA ARASAN
Secara keseluruhan, lawatan ini dapat memberikan pendedahan dan idea baru kepada delegasi terutamanya dalam aspek Makmal Biokeselamatan yang diamalkan di Faculty of Science, Mahidol University.
Dari aspek pengurusan instrumentasi pula, kesemua universiti yang dilawati mengamalkan sistem penempatan instrumen berpusat, di mana setiap instrumen dikendalikan oleh para “scientist”.
Ujian mengenai aspek keselamatan makmal kepada para pelajar serta kakitangan makmal juga merupakan langkah menarik untuk diikuti bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan di FST.
Kumpulan Pegawai Sains FST