Tuesday, March 22, 2011

LAWATAN DAN PROGRAM KERJASAMA k-SAINS KE USM, PENANG

Sukacita dimaklumkan Kumpulan Pegawai Sains (k-Sains) UKM akan mengadakan Lawatan dan Program Kerjasama k-Sains ke USM, Penang pada 24-26 April 2011 (sila klik pada imej bagi keterangan lanjut)

Terbuka kepada Pegawai Sains UKM, keutamaan kepada ahli k-Sains.





Berminat?? Sila emel /hubungi kami:

Unit Jaringan Industri dan Hubungan Luar k-Sains

Syazwani Saadon (wani_s@ukm.my),
Tel: 03-89213288

atau

Mohd Hanafy Gausmian (napeyz@ukm.my),
Tel: 03-89214577



Sekian, terima kasih.




:: Unit Jaringan Industri dan Hubungan Luar k-Sains ::

Thursday, March 3, 2011

PROGRAM EKSPLORASI SAINS, GUA TEMPURUNG, PERAK

Kami di Biro Sukan K-Sains akan mengadakan Program Eksplorasi Sains di Gua Tempurung pada 26 Mac 2011 (Sabtu).

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Sains dengan mengutamakan ahli K-Sains UKM.

Bayaran sebanyak RM 50 dikenakan pada setiap penyertaan.

Pengangkutan dan makan tengahari disediakan. Tarikh tutup penyertaan adalah 11 Mac 2011.

Sekiranya berminat sila emelkan kepada efi@eng.ukm.my, aida@eng.ukm.my

Sekian, terima kasih.



:: Biro Sukan & Rekreasi K-Sains UKM ::

Wednesday, March 2, 2011

TAHNIAH BUAT K-SAINS UKM


Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua para pemenang serta AJK K-Sains yang bertungkus lumus menjayakan program ini, terutamanya AJK Sukan dan Rekreasi K-Sains UKM. Jasa anda semua dikenang. Semangat dan sokongan anda adalah kekuatan bagi kami.

Semoga dengan kejayaan program boling ini, yang mana tujuan utamanya adalah untuk merapatkan silaturrahim semua Pegawai Sains UKM, telah mencapai objektifnya.

Semoga usaha kita ini mendapat berkat dariNya dan kesinambungan ini akan diteruskan oleh generasi K-Sains UKM akan datang.

Sekian, terima kasih.

:: Admin ::

Wednesday, January 19, 2011



Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains

Pada 8 Januari 2010 Kumpulan Pegawai Sains (k-Sains) telah mengadakan aktiviti pembuka tirai tahun 2011 iaitu Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains bertempat di Bangi Superbowl, Bandar Baru Bangi. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, persefahaman dan semangat kerjasama di kalangan warga UKM amnya dan kumpulan Pegawai Sains khasnya. Justeru, Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains ini diharapkan dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan sedia ada di samping dapat mencungkil bakat dalam permainan boling. Tujuh kumpulan yang terlibat iaitu Bakawali, Fasurali, FST, Power-Root, Unknown, Lestari dan Wonder Girls. Aktiviti ini bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Pertandingan diadakan secara liga bagi menentukan juara kumpulan/berpasukan dan individu. Berikut adalah senarai pemenang :

Kategori Berpasukan

Pertama : Power-Root (FKAB)

Kedua : FST

Ketiga : LESTARI

Kategori Individu (Lelaki)

Pertama : Mohd Fadle Abu Sadin

Kedua : Nazren Leman

Ketiga : Mohd Rohaizat Tahir

Kategori Individu (Wanita)

Pertama : Hani Azlin Hussin Shaukat

Kedua : Nor Azimah Ismail

Ketiga : Lily Khairiah Kadaruddin

Kategori Misteri

Gaya Balingan Terbaik : Maizah Mohammad

Penampilan Terbaik : LESTARI

Raja Longkang : Kamarul Ifzam Mohd Zain

Ratu Longkang : Suzana Abu Bakar

Pemain Harapan : Norlinda Omar

Best Team Leadership : FST

Diharapkan agar k-Sains sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan misi dan visi UKM sebagai satu landasan untuk mengilham harapan seterusnya mencipta masa depan.

Unit Sukan & Rekreasi,k-Sains

Thursday, November 25, 2010

Siri Sukan Lambak 1: Boling k-Sains UKM



















BERITA BAIK KEPADA SEMUA PEGAWAI SAINS UKM!!!!!!!!!


Siri Sukan Lambak 1: Boling k-Sains UKM

@ Bangi Superbowl, Bdr. Baru Bangi

18 Disember 2010

Bayaran cuma RM25.00 (3 Game)

Sijil Penyertaan turut dilampirkan!!!

Hadiah menarik menanti anda....

Apa tunggu lagi, jom sertainya....



Sebarang pertanyaan mohon hubungi urusetia:

Urusetia :


Zulfauzi (03- 8921 7093)

zulfauzi@ukm.my


Aida (03- 8921 6318)

aida@vlsi.eng.ukm.my


"BADAN SIHAT, MINDA CERGAS"

Wednesday, November 3, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Pegawai Sains Bil. 03/2010

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Pegawai Sains Bil. 03/2010 adalah seperti butiran dibawah :

Tarikh : 11 November 2010 (Khamis)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Paras 2

Sebarang pertanyaan mohon berhubung terus dengan Cik Lily Khairiah (S/U k-Sains UKM) di talian 6819 atau emel lilykhairiah@gmail.com.


Sekian, terima kasih.

JK ICT & Multimedia k-Sains UKM 2010


Monday, August 2, 2010

Mesyuarat Pertama Pegawai Sains UKM

Assalamualaikum wrth. dan Salam Sejahtera,

Saudara/i,
Jawatan Kuasa Utama Kumpulan Pegawai Sains UKM sesi 2010/2011

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat JK Kumpulan Pegawai Sains (Bil. 01/2010) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 05 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Sains dan Teknologi,
bersebelahan Dewan Anwar Mahmud (DAM), FST



Sukacitanya, Saudara/i dijemput hadir. Dipohon juga kerjasama pihak Saudara/i dapat memberi maklum balas pengesahan kehadiran mesyuarat ini melalui email ini.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.


Yang menjalankan tugas,


Lily Khairiah

utk maklumat lanjut sila email ke napeyz@ukm.my atau 4577