Contact : Event Committee (603-9145 6186/6197)
Thursday, November 21, 2013
Radiation Protection Seminar 2013
Contact : Event Committee (603-9145 6186/6197)
Thursday, June 16, 2011
Tuesday, January 12, 2010
Monday, October 5, 2009
KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UKM 2009
Tuesday, September 15, 2009
Tuesday, August 18, 2009
Selamat datang Ramadhan

Minggu depan (sabtu atau ahad) seluruh umat islam di dunia akan menyambut Ramadhan al-mubarak. Sempena kedatangan bulan suci lagi mulia ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan berdoa kepada Allah agar ditetapkan iman di dada dan dikuatkan semangat jihad dalam kehidupan. Di samping itu, marilah kita berazam untuk mencapai puasa ramadan yang terbaik dalam kehidupan kita di dunia yang sementara ini.
Ramadhan kareeem..
~faizal~
Montreal, Canada
Monday, August 10, 2009
Lagi di berita PS Media
UKM ATTOP yang dibarisi sebahagian besar pelajar Fakulti Sains dan Teknologi itu muncul juara bagi kategori lelaki terbuka selepas menewaskan Hamid Friendz 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.
"Terima kasih kepada Azzuri Enterprise kerana menaja jersi jenama ATTOP kepada pasukan ini. Rahsia kejayaan pasukan ialah kami telah bermain bersama sejak Februari lalu," kata pengurus pasukan UKM ATTOP, Bisharuzi Omar.
UKM ATTOP muncul naib juara Kumpulan C selepas menewaskan Square 9 (3-0), KKM B (3-1) dan seri 1-1 dengan Hamid Friendz.
Pada peringkat suku akhir, mereka menewaskan Kolej Rahim Kajai (KRK) 4-0 dikuti kemenangan 3-1 ke atas Kolej Datuk Onn pada separuh akhir.
Sementara itu, KKM A yang tewas 1-2 kepada Hamid Friendz pada separuh akhir tetap layak ke Grand Final menerusi tiket bagi kategori bawah 23 tahun memandangkan mereka yang terbaik di kalangan pasukan yang menampilkan semua pemain bawah 23 tahun.
Bagi kategori wanita pula, KUO layak ke Grand Final selepas menewaskan pasukan jemputan, Staf UKM 2-1 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.
Andai tewas kepada Staf UKM sekali pun, KUO tetap layak meman- dangkan Staf UKM hanya bertaraf pasukan jemputan.
KUO muncul juara Kumpulan A selepas membelasah Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) 3-0 dan Kolej Ibu Zain (KIZ) 3-0 sebelum menewaskan Maria Mercedes 1-0 pada aksi separuh akhir.
"Pasukan kami baru ditubuhkan Rabu lalu dan berlatih dalam masa yang singkat. Tetapi kami telah bermain bersama sejak semester lepas," kata penjaga gol KUO, Siti Rohani Mohd. Sofian, 21, yang juga bertindak sebagai kapten dan pengurus pasukan.
Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pusat Sukan UKM, Jaslana Hussen.
Penganjur Kosmo! Varsiti Futsal Peringkat UKM, Abdul Wahab Ha- shim yang juga Pegawai Belia dan Sukan UKM berkata, kejohanan sehari itu melibatkan 15 pasukan lelaki, enam pasukan wanita dan juga tiga pasukan staf lelaki.
"Sepatutnya lebih 30 pasukan menyertai peringkat UKM ini. Tetapi disebabkan wabak selesema babi (H1N1), ramai pelajar yang pulang pada hujung minggu. Apa pun, kejohanan kali ini berjalan dengan lancar," kata Abdul Wahab.
Saingan semalam turut diselangi dengan Konsert Mini DiGi selaku penaja utama kejohanan yang menampilkan beberapa artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Ayu OIAM2, kumpulan Ask Me Again dan Deserters bagi menghiburkan pemain dan penonton yang hadir.
~faizal
p/s:tabikkk
p/s/s: mana-mana ahli Komuniti Pegawai Sains yang ingin memasukkan berita atau hebahan tentang aktiviti PS di blog, anda dialu-alukan berbuat demikian..
terima kasih!
Thursday, August 6, 2009
Pegawai Sains di Media
PASUKAN UKM ATTOP muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena Pesta Konvokesyen ke-32 universiti itu di Bangi baru-baru ini.
UKM ATTOP berjaya mengesahkan kejuaraan selepas mengalahkan ARC FC 3-1 pada perlawanan akhir.
Gol UKM ATTOP dijaringkan oleh Ahmad Mukhfiz, Khairul Shafiq dan Muhamad Norshafiq manakala Ku Ahmad Fihri meledak gol tunggal ARC.
Terdahulu, pada aksi separuh akhir, UKM ATTOP mengalahkan UNITE FC 2-1 manakala ARC menang 1-0 ke atas Bomba Selangor.
Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Bomba Selangor mengalahkan UNITE FC 1-0.
Kejohanan ini diadakan bagi mempromosikan konvokesyen yang akan diadakan pada 12 hingga 18 Ogos ini di kampus induk UKM di Bandar Baru Bangi.
Selain futsal, terdapat juga pertandingan tarik tali, bola keranjang dan catur sempena pesta sukan ini.
Menurut pegawai kejohanan, Bisharuzi Omar, sebanyak 34 pasukan menyertai pertandingan ini.
"Di kesempatan ini juga, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Azzuri Enterprise, pengeluar dan pengedar barangan sukan berjenama ATTOP kerana sudi menaja jersi pasukan dan kasut sukan kepada pasukan UKM ATTOP," jelas Bisharuzi yang juga pengurus pasukan UKM ATTOP.
Mana-mana pasukan yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan UKM ATTOP boleh menghubungi Bisha di talian 019- 2700026 atau Sulaiman (016- 3862525).
~faizal~
p/s: Mantappp
Friday, July 31, 2009
UKM di Media Julai 09
p/s: Macam kenal jer tudung putih...Pegawai Sains Kimia ek?..
~faizal~
Tuesday, April 14, 2009
KONGRES PEGAWAI SAINS MALAYSIA

TIMB. PRESIDEN : RUSIDAH MAT YATIM (USM)
SETIAUSAHA AGONG : MOHD HAIRUL FAIZAL HJ. AHMAD (UKM)
TIMB. SETIAUSAHA AGONG : RAFIUZ ZAMAN HAROUN (UPM)
BENDAHARI KEHORMAT : NORIZAH TUMIN (USM)
AJK (WAKIL UNIVERSITI)
UKM : HAIROL AZMAN MOHD YUSOP
USM : WAN SURIATI WAN NIK
UPM : MOHAMAD JOHADI ISKANDAR B. CHE JAMIL
UIAM : NORRUL AFZAN ZAINAL ABIDIN
USIM : RABIA’TUL RAIHAN MOHD SIDEK
Tuesday, March 24, 2009
KEKOSONGAN JAWATAN DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
2 PEGAWAI TADBIR N41
3 PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM S41
4 JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U29
5 JURUTEKNIK PERUBATAN U19
6 JURUTEKNIK J17
7 PEMBANTU PERPUSTAKAAN S17
8 PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM S17
9 PEMBANTU AKAUNTAN W17
10 TUKANG
Friday, March 6, 2009
SEMINAR HALATUJU PPSMI 2009
Tarikh : 14 Mac 2009
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Auditorium Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
Para Pembentang Kertas Kerja;
Datuk Dr Hassan Ahmad
Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
Prof Dr Abdul Aziz Bari
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Aantarabangsa
Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan
Institut Peradaban Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris
Prof Dr Shaharir Mohamad Zain
Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
Prof Dr Mat Rofa Ismail
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), Universiti Putra Malaysia
Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo.com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo.com
Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30)
Pelajar (RM15)
(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)
*Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!
*Sebarang pertanyaan dan pra-pendaftaran boleh dilakukan dengan menghubungi wakil kami atau tinggalkan komen di ruangan komen bersama nombor telefon atau mel elektronik (emel) untuk dihubungi semula oleh pihak kami.
~faizal~
~di ambil dari blog http://www.seminar-ppsmi.blogspot.com/
Tuesday, February 24, 2009
Bahaya Sinaran Mengion - Kursus Pegawai Perlindungan Sinaran (AELB)





Wednesday, February 18, 2009
Thank you to HUKM for kind service (8 Januari 2009)
My brother was recently admitted to the hospital for a liver abscess condition. Being mentally retarded with restricted speech capabilities, he was especially difficult to treat.
The understanding, helpfulness and hard work of the persons on duty proved an extreme relief to us.
On behalf of the countless under-privileged persons who received such fitting treatment, I would like to thank the hospital and its dedicated staff.
A friend in need is a friend indeed. HUKM Cheras, you are like that friend.
WILLIAM CHOO KOK LEONG,
Kuala Lumpur.
Friday, January 16, 2009
REALITI ISU PALESTIN-ISRAEL
Tuesday, October 14, 2008
Perjumpaan Tahunan Kumpulan Pegawai Sains UKM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Tahunan Kumpulan Pegawai Sains UKM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diadakan seperti butiran berikut;
Tarikh : 28 Oktober 2008 (Selasa)
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Meletak kenderaan Di Fakulti Kejuruteraan amatlah terhad. Tuan/Puan diminta untuk meletakkan kenderaan di ruang hadapan foyer bangunan Fakulti Kejuruteraan, di hadapan bangunan Inovasi (bangunan baru) dan di kiri kanan jalan menuju ke Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM). Sebarang masalah atau pertanyaan anda diminta untuk menghubungi Pn.Farizah Ansarudin di talian 012-2367935
9.30 pagi : Pembentangan Spesifikasi Tugas Pegawai Sains Modul FST oleh Pn Normala
10.30 pagi : Pembentangan Usul/Perkara-Perkara Berbangkit
11.00 pagi : Pembentangan laporan Aktiviti K-Sains Sesi 2007/2008
11.30 pagi : Perlantikan Pengerusi Sementara
11.40 pagi : Perlantikan AJK Baru Sesi 2008/2009
12.15 tgh : Pengenalan AJk Baru
12.30 tgh : Jamuan Tengah Hari / Sambutan Hari Raya 2008
Pemilihan tarikh 28 Okt. 2008 adalah berdasarkan pandangan daripada rakan-rakan Pegawai Sains dan AJK Tetap Pegawai Sains UKM amat menghargai atas cadangan yang diusulkan kepada kami. Kami juga percaya tarikh yang dipilih ini tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak atas faktor kerja, kekangan masa dan hal-hal lain.Justeru itu, AJK Tetap Pegawai Sains memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.
Mohd Hairul Faizal Ahmad
Wednesday, September 24, 2008
Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin


Tuesday, September 9, 2008
Komen Pengguna Mengenai Product I-CHARGE
Keunikan Produk:
3 Fungsi Utama:
-Voltage Stabilizer ( Menstabilkan Voltan )
-Battery Doctor ( Doktor Bateri )
-Interference Reducer ( Mengurangkan Gangguan Radas Elektronik )
Termasuk:
-High Ignition Power ( Sistem Pencucuhan Lebih Berkuasa )
-Brighter Headlight ( Lampu Depan Lebih Terang )
-Smoother Gear Shift ( Melicinkan Penukaran Gear )
-Easy to Install ( Senang Dipasang )
-Reduce Air-cond Vibration ( Mengurangkan Gegaran Alat hawa Dingin )
-Improve Engine Tork ( Tork Engin Lebih Sempurna )
-Cleaner Emission ( Mengurangkan Asap Hitam )
-Improve Horse Power ( Engin lebih berkuasa )
-Clearer Audio AV System ( Sistem Audio Lebih Mampat )
-Fuel Saving ( Menjimatkan Petrol/Deisel )
Apa kata mereka yg telah mencubanya;
~Peringkat mula isian penuh tangki RM100 kereta saya jenis Toyota WISH 1.8 hanya dapat 568KM je. Isian kedua dan berikutnya boleh dapat sehingga 600++KM tapi terkejut gak isian terbaru ni boleh dapat 725KM perjalanan, itu pun bawa dlm 130-140 km/j gak. Audio mmg best bunyi, tak yah tambah power m. (Fazli 0124258744)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Pertama kali guna i-Charge kat kereta Naza ria saya, terasa lebih ringan dan pickup masa memotong dan naik bukit, memang terasa perbezaan sebelum dan selepas guna. Dapat extra KM dalam perjalanan jauh, sebelum kalau isi RM100 dapat 370++KM selepas guna dengan isian yang sama saya dapat dalam 450KM. (yazs 0129250789)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Drive balik kampung baru rasa perubahan pada kereta saya. Pickup dan kuasa memotong memang best. Bila saya overtake kereta tak macam biasa, power double dari sebelum guna i-charge! (Halim 0129595969 )
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Petrol jimat 10 liter per 100KM panduan jalan raya dari KL ke Gua Musang. Kami refill di gua musang, guna pakai di kb, p. mas, rantau panjang, ulang alik ke pcb dan kb selama 4 hari tanpa tambah petrol, pada hari ke 4 baru refill di p. mas balik ke KL. Jam gila jalan dari machang ke kuala krai, gua musang. slow drive..jimat petrol benar2 jimat. Aircond sejuk gila, kereta pikcup, masa tukar dari gear 2 dah tentu laju kuat la, panjat bukit relax tak macam dulu2 saya pandu sebelum pakai i-charge (Razali puchong)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Yess!! Citreon zx 2.0 aku..Sebelum 0.25/km, selepas guna i-charge 0.19/km..hebat tu..sungguh berkesan. (en Amri b'woth 0134238820)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Test p penang, RM63 utk 520KM. Itu pun banyak dlm pekan. Memang ada save. Kereta honda civic 1.7, (en Halim Bkt Beruntung 01232197xx)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Saya dah alami perubahan pd kereta Gen 2, terasa lebih pick up dan selesa bila drive. Insyaallah produk ni boleh meletup kat politek..(enamirul 0197629037)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Test myvi 1.3 manual sxi, penang-simpang pulai-cameron highland-tapah- penang. Jalan jam, highway, berbukit, townroad. Minyak usage RM70 dan jarak 650KM. Speed 60KM-140KM. Ni latest yg saya bawa, ( en Nasrul 01746801xx)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Pickup OK, minyak dapat penjimatan 30% dalam pemanduan normal utk naza ria saya, tq (naza ria - cikgu othman bentong 0139982529)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~I-charge terbukti berbaloi, WAJA I dapat 13KM setiap liter! Penjimatan 30%! (Abg Borhan 01935815xx)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~Vios 1.5, 1 liter dpt 15KM. Lbh jmat dari waja setelah guna i-charge. (Cikgu sakir 01626131xx)
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ----
~ Kancil 850 - Saya cuba mula dari Serdang ke Tg Malim. Bukan jimat minyak je, aircond kereta saya biasa bila pasang bunyi ada bunyi kasar , tapi bila dah guna i-charge, tiada gangguan lagi. Aircond lagi sejuk. (Shuhaili - Tg Malim - 0134581070)
SELAMAT MENCUBA I-CHARGE,
Hubungi;
Hairul Faizal (019-2721279)
Wakil pengedar diperlukan untuk promosi di Musim Perayaan..
Thursday, July 10, 2008
Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 2008
Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) akan menganjurkan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 2008 (MKKP-UKM)
pada 14 – 18 Julai 2008.
Semua Pegawai Sains dijemput untuk setiap aktiviti yang dijalankan.
Bagi Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Kempen Keselamatan Lalulintas & Jalan Raya – sila lengkap Borang Penyertaan dan faks kembali di talian 03-8926 9470. Penyertaan adalah percuma.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8921 3257 (Siti Rahimah Umar)
p/s: Brochure/borang dihantar ke emel group P.Sains ( so@ukm.my )
~Rahimah~









.jpg)
.jpg)












