Thursday, May 15, 2008

Lawatan ke Kualiti Alam Sdn. Bhd Negeri Sembilan

Pejabat Pengawas Keselamatan telah mengadakan satu lawatan ke Kualiti Alam Sdn Bhd bertempat di N.Sembilan pada hari ini (15 Mei). Rombongan lawatan terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Juruteknik dan Pembantu Makmal. Lawatan diketuai oleh Pegawai Sains Pejabat Pengawas Keselamatan, saudari Siti Rahimah Umar. Antara objektif lawatan ialah untuk:

1. Meninjau kaedah pelupusan sisa kimia yang dijalankan
2. Melihat peralatan yang digunakan dalam proses pelupusan
3. Melawat makmal-makmal penyelidikan pelupusan sisa
4. Mendengar taklimat operasi organisasi Kualiti Alam Sdn Bhd.

Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat dirakam di sana. Gambar lain kena tunggu dari kamera Siti Rahimah..





p/s: 4 orang pegawai sains yang turut serta ialah

1. Mohd Faizal Aziz ( IMEN)
2.Mohd Nor Faizal ( Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
3. Siti Rahimah Umar (Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
4. Lupa nak tanya nama ( sapa nama ekk)

oleh..faizal (IMEN)

Tuesday, April 29, 2008

Jom hadiri Programme '2nd day for life' anjuran NCSM!!

The National Cancer Society of Malaysia (NCSM) akan menganjurkan satu program

"2nd Relay for Life"
pada 31 Mei -1 Jun 2008.
Program bermula dari jam 4.00 petang (31/5) - 10.00 pagi (1 Jun).

Satu malam penuh dengan program menarik

Untuk makluman PERTADI telah meluluskan untuk bayaran pendaftaran sebanyak RM10/org dalam satu kumpulan seramai 10 org.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Prof. Ismail Bahari email:
ismailb@ukm.my.
Atau terus menghubungi 'event manager' (NCSM) Mrs.Anne De Souza, di no

[Office] (03-26987300)

[HP] (016-3078558).


p/s: rakan-rakan Pegawai Sains dialu-alukan hadir untuk memeriahkan acara..program yang sangat menarik!! Jomm

by Normala..

Friday, April 11, 2008

Lawatan Kumpulan Pegawai Sains Universiti Malaysia Sabah, UMS ke UKM


Tarikh :17 April 2008 (Khamis)

Tempat : Pusat Teknologi Maklumat, PTM
&
Fakulti Sains dan Teknologi


Tentatif Program!!

Masa

Aktiviti

9.00 pagi - 10.00 pagi

Taklimat/Penerangan PRO

10.00 pagi – 10.15

Minum pagi

10.30 pagi – 12.00 tghari

Lawatan ke Pusat Komputer

- Penerangan

12.15 – 12.45

Majlis Dialog bersama Pegawai Sains UKM

12.45 Tengahari – 2.30 petang

Makan tengahari dan rehat

2.30 petang – 3.30 petang

Lawatan ke Makmal-Makmal FST

3.30 petang – 4.30 petang

Makmal Mikroskop Elektron

4.30 petang – 5.00 petang

Minum petang

5.00 petang

Pelawat kembali ke Hotel



by faizal

Wednesday, March 26, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA KL 2008


Date: 4th - 13th April 2008
Mon - Thurs: 10.00AM to 7.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 10.00PM
Venue: Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia

homepage
Jom rakan-rakan!

By faizal

Tuesday, March 4, 2008

Sekitar Hari Keluarga PERTADI 2008

Alhamdulillah..Hari minggu lepas berlangsung program Hari Keluarga PERTADI dengan meriah dan jayanya di Tiara Beach Resort, PD. Saya tak punya banyak gambar-gambar sepanjang hari tersebut. Mungkin kamera orang lain boleh membantu. Atau pun tunggu sahaja laporan penuh dalam Buletin PERTADI, ILHAM akan datang.

p/s; untuk makluman, Pegawai Sains hanya diwakili oleh saudara Bisharuzi Omar ( LESTARI ) dan Faizal ( IMEN ) kalau tak silap. ;-)

Sekian
Faizal






Thursday, February 28, 2008

IMEN dalam Estidotmy Februari 2008





Sekiranya ada rakan-rakan pegawai sains dan bloggers lain yang membeli akhbar Utusan Malaysia semalam ( 27/2/2008), di dalamnya disertakan sekali sisipan Estidotmy.

Untuk pengetahuan, Estidotmy merupakan sisipan bulanan sains dan teknologi yang dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI) dan diselia oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 2002 dan kini boleh di dapati dalam bentuk CD di ASM.

Tujuan utama penerbitannya ialah untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat terhadap sains dan teknologi. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu penerbitan Sains dan Teknologi berbahasa Melayu yang berusaha untuk menarik golongan pelajar di peringkat sekolah rendah lagi dalam meminati S&T.

Isi kandungannya memuatkan artikel-artikel yang mudah difahami, kuiz sains, cit cat saintis tempatan, eksperimen sains yang ringkas, biografi saintis islam, kerjaya dalam bidang sains dan sebagainya.

Untuk keluaran bulan Februari 2008, pihak wartawan sains dan jurugambar Utusan telah membuat liputan mengenai perkembangan Nanoteknologi dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM menjadi rujukan mereka kali ini. Gambar kulit hadapan Estidotmy ialah Pengarah IMEN, Profesor Burhanuddin Yeop Majlis lengkap memakai "jumpsuit" ketika berada di dalam Cleanroom di Makmal Fabrikasi MEMS, IMEN.

p/s : Sesuai dengan 'tagline' UKM, "Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan" dan juga moto Komuniti Pegawai Sains UKM, "Bersama Membantu Meningkatkan Kecemerlangan Universiti" editor blog ini mengalu-alukan sebarang berita dan perkembangan semasa aktiviti yang dijalankan di tempat saudara-saudari bertugas untuk dikongsi bersama.

Sekian
Faizal ..

Tuesday, February 26, 2008

Iklan Kenaikan Pangkat

Mungkin ramai rakan membaca iklan kenaikan pangkat di UKM dalam pelbagai kategori termasuk Pegawai Sains..

Petikan dari E-Warga

Iklan Kenaikan Pangkat Kumpulan Pengurusan dan Profesional:
1. Pereka B44
2. Pegawai Sains C48
3. Pegawai Sains C44
4. Pegawai Belia dan Sukan S52
5. Pustakawan S52
6. Pustakawan S48
7. Pustakawan S44
8. Pegawai Penyelidik Sosial N44


p/s..Tahniah diucapkan kepada mereka yang memperjuangkan isu-isu kebajikan Pegawai Sains..
Allah jua lah yang dapat membalas jasa mereka...ameen!!