Thursday, August 6, 2009

Pegawai Sains di Media

SUMBER: KOSMO ONLINE

PASUKAN UKM ATTOP muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena Pesta Konvokesyen ke-32 universiti itu di Bangi baru-baru ini.

UKM ATTOP berjaya mengesahkan kejuaraan selepas mengalahkan ARC FC 3-1 pada perlawanan akhir.

Gol UKM ATTOP dijaringkan oleh Ahmad Mukhfiz, Khairul Shafiq dan Muhamad Norshafiq manakala Ku Ahmad Fihri meledak gol tunggal ARC.

Terdahulu, pada aksi separuh akhir, UKM ATTOP mengalahkan UNITE FC 2-1 manakala ARC menang 1-0 ke atas Bomba Selangor.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Bomba Selangor mengalahkan UNITE FC 1-0.

Kejohanan ini diadakan bagi mempromosikan konvokesyen yang akan diadakan pada 12 hingga 18 Ogos ini di kampus induk UKM di Bandar Baru Bangi.

Selain futsal, terdapat juga pertandingan tarik tali, bola keranjang dan catur sempena pesta sukan ini.

Menurut pegawai kejohanan, Bisharuzi Omar, sebanyak 34 pasukan menyertai pertandingan ini.

"Di kesempatan ini juga, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Azzuri Enterprise, pengeluar dan pengedar barangan sukan berjenama ATTOP kerana sudi menaja jersi pasukan dan kasut sukan kepada pasukan UKM ATTOP," jelas Bisharuzi yang juga pengurus pasukan UKM ATTOP.

Mana-mana pasukan yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan UKM ATTOP boleh menghubungi Bisha di talian 019- 2700026 atau Sulaiman (016- 3862525).

~faizal~

p/s: Mantappp

Friday, July 31, 2009

UKM di Media Julai 09

Cekupan dari Estidotmy 26 Julai 09..

p/s: Macam kenal jer tudung putih...Pegawai Sains Kimia ek?..

~faizal~

Monday, July 20, 2009

Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 2009

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM akan menganjurkan MINGGU KESELAMATA & KESIHATAN PEKERJAAN UKM 2009 bermula 27 - 31 Julai 2009.
Antara aktiviti yang boleh disertai oleh jemputan adalah:
Majlis Perasmian MKKP UKM 2009 & Kempen Keselamatan Jalan Raya
(dengan kerjasama Denso (M) Sdn Bhd)
Tarikh: 27 Julai 2009
Masa: 8.30 pg - 4.30 ptg
Tempat: Panggung Seni, UKM Bangi
Acara menarik:
  • Penyampaian Anugerah Tempat Kerja Selamat 2009
  • Ceramah "Keselamatan Jalan Raya"
  • Demonstrasi "Pemanduan Motorsikal Secara Selamat"
  • Penyerahan Topi Keledar Secara Gantian (oleh JKJR)
  • Demonstrasi "Langkah Pencegahan Kes Ragut"
  • Demonstrasi "Kaedah Menangani Kemalangan & Menyelamat"
  • Pemeriksaan Tayar Secara Percuma
  • Aktiviti di tapak pameran

Kepada sesiapa yang berminat boleh dapatkan borang penyertaan di e-warga atau sila hubungi 03-8921 3257/ 3329/ 4350.

Tuesday, June 30, 2009

Hari Terbuka FST, UKM


Hari Terbuka Fakulti Sains dan Teknologi UKM
13-15 Julai 2009
Kompleks FST dan Dewan Anuwar Mahmud

Dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkannya. Sila lawat blog berikut;

http://fstukm-openday2009.blogspot.com/

Terima kasih
Kamarul Hata Abu

Saturday, May 30, 2009

Rahsia Orang Cina Belajar Matematik

Kadang-kadang hairan juga kita tengok rakan-rakan kita berbangsa cina belajar math. Tidak dinafikan ada juga yang tak cemerlang, tapi purata mereka agak terkehadapan berbanding bangsa lain, mungkin boleh 'challenge' Russian atau Poland yang maju matematik mereka. Buku ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mendidik anak-anak agar lebih terer sikit matematik berbanding mak ayahnya 'yang sedang-sedang saajaaa' (ikut rentak dangdut) :-)

Antara tajuk menarik dalam buku ini ialah:

>>How Have Chinese Students Performed in
Mathematics? A Perspective from Large-Scale
International Comparisons

>>Thinking Mathematically by Chinese Learners:
Cross-National Comparative Perspective

>>A Chinese Cultural Model of Learning

>>The “Two Basics”: Mathematics Teaching and
Learning in Mainland China

>>How Do Chinese Learn Mathematics? Some
Evidence-Based Insights and Needed Directions

dan banyak lagi. Buku ini tebalnya 570 mukasurat. Banyak ilmu-ilmu teknikal dan non technical di dalamnya yang boleh dipelajari. Sapa berminat sila respon

Sekian
~faizal~

Monday, May 18, 2009

MESYUARAT KE-2 KONGRES PEGAWAI SAINS MALAYSIA























Mesyuarat Ke-2 Kongres Pegawai Sains Malaysia
Tarikh : 10 Mei 2009 (Ahad)
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat JPMD, PPUKM
Mesyuarat telah dijalankan dengan jayanya. Objektif Perjumpaan:
1. Membuat proposal untuk pendaftaran Kongres Pegawai Sains Malaysia dalam ROS.
2. Membuat cadangan untuk melaksanakan program anjuran Kongres Pegawai Sains Malaysia tahun 2009 (objektif untuk mengumpul Pegawai Sains di seluruh Malaysia dalam satu persidangan/seminar/latihan)
sekian, wassalam
MHFA





Tuesday, April 14, 2009

KONGRES PEGAWAI SAINS MALAYSIA




STRUKTUR ORGANISASI
KONGRES PEGAWAI SAINS MALAYSIA (KPGM)

PRESIDEN : MOHD DANORI SARDI (UKM)
TIMB. PRESIDEN : RUSIDAH MAT YATIM (USM)
SETIAUSAHA AGONG : MOHD HAIRUL FAIZAL HJ. AHMAD (UKM)
TIMB. SETIAUSAHA AGONG : RAFIUZ ZAMAN HAROUN (UPM)
BENDAHARI KEHORMAT : NORIZAH TUMIN (USM)
TIMB. BENDAHARI KEHORMAT : PATRICK LEE KOK YUEN (UM)


AJK (WAKIL UNIVERSITI)

UKM : HAIROL AZMAN MOHD YUSOP
USM : WAN SURIATI WAN NIK
UM : ZUBAIDAH ABU HASSAN
UPM : MOHAMAD JOHADI ISKANDAR B. CHE JAMIL
UIAM : NORRUL AFZAN ZAINAL ABIDIN
USIM : RABIA’TUL RAIHAN MOHD SIDEK