Friday, January 23, 2009

MS ISO 9001:2000 PPUKM

Dimaklumkan bahawa pada
3 hingga 4 Februari 2009
PPUKM akan menerima kunjungan
SIRIM Berhad
untuk pengauditan bagi penilaian semula
sijil MS ISO 9001:2000.


Mohd. Hairul Faizal Hj. Ahmad
S/U II
K-Sains UKM

Friday, January 16, 2009

REALITI ISU PALESTIN-ISRAEL

KOMUNITI PEGAWAI SAINS UKM,
MENGUTUK TINDAKAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN ZIONIS-ISRAEL-AMERIKA KE ATAS PENDUDUK PALESTINE!!








SAMA SAMA LAH KITA MEMBOIKOT BARANGAN AMERIKA
MULAKAN DENGAN YANG NAMPAK DI DEPAN MATA







SEBARKAN!! SEBARKAN!! SEBARKAN!!

~faizal~
Canada

Sunday, January 4, 2009

Jemputan Sertai AJK Futsal terbuka UKM_Piala ATTOP

KEPADA semua pegawai Sains UKM (Bangi & PPUKM) sekalian..

saya selaku exco PERTADI dan wakil pegawai Sains
ingin meminta tolong sesiapa yg berminat utk menjadi AJK
dalam Kejohanan Futsal Terbuka UKM-Piala ATTOP 2009
yg akan diadakan pada 7-8 Feb 2009 di Komplek Sukan UKM

Penaja Utama
ATTOP

Penaja Bersama
Restoran Ameer Ali
Harimaumalaya.com (kelab Penyokong Malaysia)
All American (Kasut)

Dengan Kerjasama
Mmajlis Exsekutif pelajar Kolej Ibu Zain UKM
Pusat Sukan UKM,
MASTIC (Persatuan pegawai Tadbir & Iktisas IPTA)
PERTADI
A'Nvie Hair Cut
Ambang It Supplier (AIS)....

sesiapa berminat boleh call/sms
bisha 019-2700026
sesiapa berminat wakil PERTADI (lelaki sahaja)
boleh juga hubungi saya

Saturday, December 20, 2008

SELAMAT TAHUN BARU

2009


Semoga tahun-tahun akan datang kita lebih cemerlang..(komuniti pegawai sains ukm)

~faizal~

Tuesday, October 14, 2008

Perjumpaan Tahunan Kumpulan Pegawai Sains UKM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2008


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Tahunan Kumpulan Pegawai Sains UKM dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri akan diadakan seperti butiran berikut;

Tarikh : 28 Oktober 2008 (Selasa)
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina
Universiti Kebangsaan Malaysia

Tempat Meletak kenderaan Di Fakulti Kejuruteraan amatlah terhad. Tuan/Puan diminta untuk meletakkan kenderaan di ruang hadapan foyer bangunan Fakulti Kejuruteraan, di hadapan bangunan Inovasi (bangunan baru) dan di kiri kanan jalan menuju ke Fakulti Teknologi Sains Maklumat (FTSM). Sebarang masalah atau pertanyaan anda diminta untuk menghubungi Pn.Farizah Ansarudin di talian 012-2367935


Agenda Majlis

9.30 pagi : Pembentangan Spesifikasi Tugas Pegawai Sains Modul FST oleh Pn Normala
10.30 pagi : Pembentangan Usul/Perkara-Perkara Berbangkit
11.00 pagi : Pembentangan laporan Aktiviti K-Sains Sesi 2007/2008
11.30 pagi : Perlantikan Pengerusi Sementara
11.40 pagi : Perlantikan AJK Baru Sesi 2008/2009
12.15 tgh : Pengenalan AJk Baru
12.30 tgh : Jamuan Tengah Hari / Sambutan Hari Raya 2008


Pemilihan tarikh 28 Okt. 2008 adalah berdasarkan pandangan daripada rakan-rakan Pegawai Sains dan AJK Tetap Pegawai Sains UKM amat menghargai atas cadangan yang diusulkan kepada kami. Kami juga percaya tarikh yang dipilih ini tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak atas faktor kerja, kekangan masa dan hal-hal lain.Justeru itu, AJK Tetap Pegawai Sains memohon ampun dan maaf atas perkara tersebut.


Sumbangan kewangan (Ringgit Malaysia) boleh diserahkan kepada wakil-wakil Gugusan/Fakulti/Institut yang telah dilantik (sila rujuk laman blog http://www.pegawaisainsukm.blogspot.com/). Sumbangan kewangan juga boleh diserahkan terus kepada Pn.Normalawati Shamsudin (Bendahari). Sumbangan lain seperti kuih muih, makanan segera, kacang, bun, donat dan minuman boleh juga dihulurkan untuk menjayakan sambutan Aidilfitri julung-julung kali diadakan ini.


Sebarang pertanyaan boleh emailkan kepada;


Mohd Hairul Faizal Ahmad
Setiausaha IIAJK Tetap Pegawai Sains UKM
03-91456186

14 Okt. 2008

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin




Assalammualaikum w.b.t.


AJK Tetap Pegawai Sains UKM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin kepada rakan-rakan seperjuangan. Hati-hati memandu balik kampung. Ingat Orang Yang Tersayang..Moga kehadiran Syawal yang menjelang tiba mengeratkan keakraban silaturrahim antara kita sesama umat Islam di dunia ini.


AJK Tetap Pegawai Sains UKM
24 Okt. 2008


Thursday, September 18, 2008

PERJUMPAAN AJK TETAP PEGAWAI SAINS UKM -18.09.2008- -PPUKM-













PERJUMPAAN PEGAWAI SAINS UKM

Adalah dimaklumkan bahawa Perjumpaan Pegawai Sains UKM pada 18 Sept. 2008 telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 9 orang Pegawai Sains telah hadir dan membincangkan mengenai hal-hal semasa, aktiviti yang telah dijalankan dan pembentangan laporan minit perjumpaan pada 2 Mei 2008 yang lalu.AGM untuk kumpulan Pegawai Sains UKM dijangka akan dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Maklumat berkenaan AGM akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui email soukm@pkrisc.cc.ukm.my atau dalam laman blog; http://www.pegawaisainsukm.blogspot.com/

Dilampirkan gambar-gambar yang sempat diambil semasa perjumpaan tersebut untuk tatapan umum..sekian, wassalam
-hairul faizal-
S/U II