Thursday, January 28, 2010

Taklimat Keselamatan Makmal Siswazah






Taklimat Keselamatan Makmal Siswazah

28 Januari 2010

9.00 – 11.00pagi

Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,

FST, UKM.

Merangkumi taklimat peraturan dan keselamatan makmal, demonstrasi penggunaan pemadam api, ‘safety shower & eye wash’ dan penayangan video keselamatan (bahan dari pejabat KKP UKM). Seramai 40 orang pelajar siswazah hadir ke taklimat dan demonstrasi berkenaan.

Dilakukan dengan kerjasama pihak JKKP PPBsBt dan Penyelaras Siswazah PPBsBt.

Klik Poster


Kamarul Hata Abu

Monday, January 25, 2010

LAWATAN PENANDA ARASAN


LAWATAN PENANDA ARASAN ASPEK KESELAMATAN MAKMAL
BANGKOK, THAILAND
23-26 NOVEMBER 2009

Secara keseluruhan, lawatan ini dapat memberikan pendedahan dan idea baru kepada delegasi terutamanya dalam aspek Makmal Biokeselamatan yang diamalkan di Faculty of Science, Mahidol University.

Dari aspek pengurusan instrumentasi pula, kesemua universiti yang dilawati mengamalkan sistem penempatan instrumen berpusat, di mana setiap instrumen dikendalikan oleh para “scientist”.

Ujian mengenai aspek keselamatan makmal kepada para pelajar serta kakitangan makmal juga merupakan langkah menarik untuk diikuti bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan di FST.


Klik untuk Laporan


Kumpulan Pegawai Sains FST

Friday, January 22, 2010

KURSUS PERKHIDMATAN SAINS (2010)






KURSUS PERKHIDMATAN SAINS TAHUN 2010

Pegawai Sains FST, merancang mengadakan sebanyak 12 kursus perkhidmatan sains pada tahun 2010. Kursus Pengurusan dan Profesional dibuka kepada Pegawai Sains manakala Kursus Sokongan dibuka kepada Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains.
Jika terdapat kursus dimohon oleh Pegawai Sains dari IPTA lain pertimbangan akan dibincang oleh pihak kami dengan Unit Latihan, Sumber Manusia UKM.


Kamarul Hata Abu

Thursday, January 21, 2010

Bengkel Penghuraian Tugas

Bengkel Penghuraian Tugas Pegawai Sains
14 - 17 Januari 2010
Grand Paragon Johor Bahru


Dari kiri belakang: Kamarul Hata, Mohd Raziff Alias, Idris Zulkefli, Mohd Hanafy, Muhammad Azmeerullah
Dari kiri depan: Nur Hidayah Deris, Nur Fauziana abd Aziz, Normala Shamsuddin, Noor Jannah Awang, Syazwani Saadon
En. Rusli Yahya (tiada dalam gambar)

Kumpulan Pegawai Sains FST, UKM diberi kepercayaan oleh JPA
untuk menyediakan Draf Penghuraian Tugas Pegawai Sains
1. Perkhidmatan Instrumentasi
2. Pengurusan Makmal

Draf tersebut dapat disiapkan dan sudah dibentangkan ke MPF FST pada 18 Jan 2010.
Walaubagaimanpun kos berbengkel separuhnya terpaksa ditanggung oleh Kumpulan PS FST, UKM.
Dalam masa sama pemurnian Manual Prosedur Kerja juga dilakukan

Kamarul Hata Abu
Pegawai Sains C41

Tuesday, January 12, 2010

NASCON 2010 - USM



Kepada Pegawai Sains UKM yang berminat untuk meyertai NASCON 2010
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak - 15 Februari 2010
Tarikh Akhir Pendaftaran dan Pembayaran - 15 March 2010
Untuk hebahan dan makluman semua. Terima kasih.
Mohd Hairul Faizal Ahmad
Kongres Pegawai Sains Malaysia








Friday, October 9, 2009



1 - 3 Disember 2009

Persidangan Pegawai Sains Kebangsaan 2009

"PERKHIDMATAN SAINS BERKUALITI TERAS TEKNOLOGI TERKINI"

KAJIAN KES 1:

PERANAN DAN HALATUJU KERJAYA PEGAWAI SAINS DALAM MENDUKUNG DASAR KERAJAAN

KAJIAN KES 2:

PERANAN PEGAWAI SAINS DALAM PENGURUSAN KUALITI MAKMAL

KAJIAN KES 3:

DARIPADA BENIH MENJADI POHON : MENYUSURI PENGALAMAN JABATAN KIMIA MALAYSIA

KAJIAN KES 4:

PEGAWAI SAINS PEMBINA BUDAYA PENINGKATAN KUALITI BERTERUSAN

HUBUNGI KAMI :

Sekretariat PPSK 2009
d/a Pusat Pengajian Sains Matematik,
Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-8921 3288/ 3924/ 4577
019-336 8970 (En. Azmeerullah)
Emel: ppsk2009@gmail.com
Faks: 03-8921 3289

Forum : Cabaran Pegawai Sains dahulu, kini dan masa hadapan

Hari ke 3 Persidangan pegawai sains (3 disember 2009)

Objektif

Mengenal pasti keperluan tugas dan cabaran yang dihadapi oleh Pegawai Sains untuk mengwujudkan persekitaran kerja yang lebih baik dalam meningkatkan kualiti sesebuah organisasi.

Cadangan Forum:

Membincangkan keperluan peranan dan cabaran Pegawai Sains dahulu, kini dan masa hadapan. Tugas Pegawai Sains semakin berkembang dan memerlukan kepakaran dalam bidang kemahirannya juga bidang lain, agar makmal yang berkualiti memenuhi produk atau khidmat yang menepati keperluan pelanggan. Forum ini diharapkan dapat memberi idea dan inspirasi bagi mengatasi cabaran akan datang, disamping dijadikan platform untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti di sesebuah organisasi selaras dengan misi dan visi yang menyumbang kepada merealisasikan Wawasan 2020.

AHLI PANEL

Profesor Emiritus Dato’ Dr. Md. Ikram Mohd Said

Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan,

Fakulti Sains & Teknologi, UKM

[Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik), Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003-2004].

Professor Dr. Azlina Bt Kamaruddin

Secretary (Science Advisor Office),

Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi

Puan Rosnah Awang

Pengarah

Bahagian Pembangunan & Maklumat Teknologi,

Jabatan Kimia Malaysia.

http://ppsk2009.blogspot.com/

Emel: ppsk2009@gmail.com

Monday, October 5, 2009

KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) UKM 2009

Konvensyen KIK UKM 2009 melibatkan 9 Kumpulan daripada Jabatan Farmasi, Jabatan Radiologi, Jabatan Pemulihan Perubatan, Jabatan Rekod Perubatan, Jabatan Perubatan Kecemasan, Jabatan Kualiti PPUKM, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dan Perpustakaan Tun Sri Lanang. Terdapat 2 kategori dipertandingkan, iaitu kategori pengurusan dan kategori teknikal.
>
Maklumat mengenai konvensyen KIK UKM 2009 adalah seperti berikut:
Tarikh : 28 Oktober 2009
Masa : 8;30 pagi
Tempat : Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM.
Anjuran : Jabatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, UKM.
>
Tuan/puan adalah dijemput untuk menghadirkan diri dalam Konvensyen ini. Pendedahan ini secara tidak langsung boleh memberi panduan untuk menghasilkan projek KIK di Unit/Jabatan/Fakulti dan seterusnya terlibat dalam Konvensyen KIK UKM 2010 akan datang.
>
>
Sekian, terima kasih.