Thursday, January 28, 2010

Taklimat Keselamatan Makmal Siswazah






Taklimat Keselamatan Makmal Siswazah

28 Januari 2010

9.00 – 11.00pagi

Pusat Pengajian Biosains dan Bioteknologi,

FST, UKM.

Merangkumi taklimat peraturan dan keselamatan makmal, demonstrasi penggunaan pemadam api, ‘safety shower & eye wash’ dan penayangan video keselamatan (bahan dari pejabat KKP UKM). Seramai 40 orang pelajar siswazah hadir ke taklimat dan demonstrasi berkenaan.

Dilakukan dengan kerjasama pihak JKKP PPBsBt dan Penyelaras Siswazah PPBsBt.

Klik Poster


Kamarul Hata Abu

Monday, January 25, 2010

LAWATAN PENANDA ARASAN


LAWATAN PENANDA ARASAN ASPEK KESELAMATAN MAKMAL
BANGKOK, THAILAND
23-26 NOVEMBER 2009

Secara keseluruhan, lawatan ini dapat memberikan pendedahan dan idea baru kepada delegasi terutamanya dalam aspek Makmal Biokeselamatan yang diamalkan di Faculty of Science, Mahidol University.

Dari aspek pengurusan instrumentasi pula, kesemua universiti yang dilawati mengamalkan sistem penempatan instrumen berpusat, di mana setiap instrumen dikendalikan oleh para “scientist”.

Ujian mengenai aspek keselamatan makmal kepada para pelajar serta kakitangan makmal juga merupakan langkah menarik untuk diikuti bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan di FST.


Klik untuk Laporan


Kumpulan Pegawai Sains FST

Friday, January 22, 2010

KURSUS PERKHIDMATAN SAINS (2010)






KURSUS PERKHIDMATAN SAINS TAHUN 2010

Pegawai Sains FST, merancang mengadakan sebanyak 12 kursus perkhidmatan sains pada tahun 2010. Kursus Pengurusan dan Profesional dibuka kepada Pegawai Sains manakala Kursus Sokongan dibuka kepada Pembantu Makmal dan Penolong Pegawai Sains.
Jika terdapat kursus dimohon oleh Pegawai Sains dari IPTA lain pertimbangan akan dibincang oleh pihak kami dengan Unit Latihan, Sumber Manusia UKM.


Kamarul Hata Abu

Thursday, January 21, 2010

Bengkel Penghuraian Tugas

Bengkel Penghuraian Tugas Pegawai Sains
14 - 17 Januari 2010
Grand Paragon Johor Bahru


Dari kiri belakang: Kamarul Hata, Mohd Raziff Alias, Idris Zulkefli, Mohd Hanafy, Muhammad Azmeerullah
Dari kiri depan: Nur Hidayah Deris, Nur Fauziana abd Aziz, Normala Shamsuddin, Noor Jannah Awang, Syazwani Saadon
En. Rusli Yahya (tiada dalam gambar)

Kumpulan Pegawai Sains FST, UKM diberi kepercayaan oleh JPA
untuk menyediakan Draf Penghuraian Tugas Pegawai Sains
1. Perkhidmatan Instrumentasi
2. Pengurusan Makmal

Draf tersebut dapat disiapkan dan sudah dibentangkan ke MPF FST pada 18 Jan 2010.
Walaubagaimanpun kos berbengkel separuhnya terpaksa ditanggung oleh Kumpulan PS FST, UKM.
Dalam masa sama pemurnian Manual Prosedur Kerja juga dilakukan

Kamarul Hata Abu
Pegawai Sains C41

Tuesday, January 12, 2010

NASCON 2010 - USM



Kepada Pegawai Sains UKM yang berminat untuk meyertai NASCON 2010
Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak - 15 Februari 2010
Tarikh Akhir Pendaftaran dan Pembayaran - 15 March 2010
Untuk hebahan dan makluman semua. Terima kasih.
Mohd Hairul Faizal Ahmad
Kongres Pegawai Sains Malaysia