Thursday, June 16, 2011
Tuesday, May 10, 2011
Wednesday, April 6, 2011
Aktiviti K-Sains : Sepetang di Gua Batu Kapur
Explorasi pergunungan batu kapur di pinggir kota Gopeng, Perak memberi kepuasan kepada sesiapa yang menyusuli danau di dalam gua yang mempunyai keindahan semula jadi oleh pembentukan stalegmite dan stalactite.
Gua Tempurung yang terletak di Lembah Tempurung mempunyai 1001 keindahan yang tidak mungkin dilupai oleh setiap pendaki gunung batu kapur ini. Gua Tempurung diberi nama disebabkan gua ini mempunyai lima kubah gergasi dengan bahagian langit-langit nya berbentuk tempurung kelapa. Keistimewaan gua ini mempunyai aliran sungai yang jernih dengan ikan-ikan yang hidup bebas serta flora dan fauna yang sukar ditemui. Panjang gua ini adalah 1.9km dan mempunyai empat pakej tertentu untuk masuk dan menikmati keindahannya.
Pada 26 Mac 2011, seramai 14 orang Pegawai Sains dari Komuniti Pegawai Sains (k-Sains) UKM telah berani menyahut cabaran Program Explorasi Gua Tempurung ini dengan mendaki dan menyusuli sungai di dalam gua yang menakjubkan dengan keindahan hiasan dari marmar putih dan menara batu kapur. Kekuatan fizikal dan mental amat diperlukan untuk mendaki 10 plantar dengan 1200 mata tangga ke ‘Top of the World’ sebelum menyusuli sungai dan lubang-lubang batu kapur.
Pengalaman melihat sendiri pelbagai bentuk menarik seperti wajah perempuan, orang tua, kucing, burung, ayam serama, rupa seperti hantu dan lain-lain hasil pembentukan dari stalactite dan stalegmate tidak akan dilupakan. Cabaran merentasi tebing curam yang berair menjadikan explorasi ini semakin mencabar, perlu kesabaran dan kerjasama yang erat antara rakan.
Walaupun basah kuyup dan kepenatan, didapati semua pendaki merasa amat berpuas hati dan pengalaman yang amat bermakna ini akan tetap terpahat diminda. Apa yang paling penting pengalaman di Gua Tempurung menjadi satu nostagia kenangan paling indah dan sukar dinilai dengan kos sebanyak RM50.00 bagi menyokong k-Sains. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan program yang bemakna ini.
p/s : Tahniah kepada ahli K-Sains yang terlibat dalam program menarik ini.
Tuesday, March 22, 2011
LAWATAN DAN PROGRAM KERJASAMA k-SAINS KE USM, PENANG
Terbuka kepada Pegawai Sains UKM, keutamaan kepada ahli k-Sains.
Berminat?? Sila emel /hubungi kami:
Syazwani Saadon (wani_s@ukm.my),
Tel: 03-89213288
:: Unit Jaringan Industri dan Hubungan Luar k-Sains ::
Thursday, March 3, 2011
PROGRAM EKSPLORASI SAINS, GUA TEMPURUNG, PERAK
Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pegawai Sains dengan mengutamakan ahli K-Sains UKM.
Bayaran sebanyak RM 50 dikenakan pada setiap penyertaan.
Pengangkutan dan makan tengahari disediakan. Tarikh tutup penyertaan adalah 11 Mac 2011.
Sekiranya berminat sila emelkan kepada efi@eng.ukm.my, aida@eng.ukm.my
Sekian, terima kasih.Wednesday, March 2, 2011
TAHNIAH BUAT K-SAINS UKM
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua para pemenang serta AJK K-Sains yang bertungkus lumus menjayakan program ini, terutamanya AJK Sukan dan Rekreasi K-Sains UKM. Jasa anda semua dikenang. Semangat dan sokongan anda adalah kekuatan bagi kami.
Semoga dengan kejayaan program boling ini, yang mana tujuan utamanya adalah untuk merapatkan silaturrahim semua Pegawai Sains UKM, telah mencapai objektifnya.
Semoga usaha kita ini mendapat berkat dariNya dan kesinambungan ini akan diteruskan oleh generasi K-Sains UKM akan datang.
Sekian, terima kasih.
:: Admin ::
Wednesday, January 19, 2011
Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains
Pada 8 Januari 2010 Kumpulan Pegawai Sains (k-Sains) telah mengadakan aktiviti pembuka tirai tahun 2011 iaitu Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains bertempat di Bangi Superbowl, Bandar Baru Bangi. Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim, persefahaman dan semangat kerjasama di kalangan warga UKM amnya dan kumpulan Pegawai Sains khasnya. Justeru, Siri Sukan Lambak 1 : Boling k-Sains ini diharapkan dapat memupuk dan mengeratkan lagi hubungan sedia ada di samping dapat mencungkil bakat dalam permainan boling. Tujuh kumpulan yang terlibat iaitu Bakawali, Fasurali, FST, Power-Root, Unknown, Lestari dan Wonder Girls. Aktiviti ini bermula dari jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang. Pertandingan diadakan secara liga bagi menentukan juara kumpulan/berpasukan dan individu. Berikut adalah senarai pemenang :Kategori Berpasukan
Pertama : Power-Root (FKAB)
Kedua : FST
Ketiga : LESTARI
Kategori Individu (Lelaki)
Pertama : Mohd Fadle Abu Sadin
Kedua : Nazren Leman
Ketiga : Mohd Rohaizat Tahir
Kategori Individu (Wanita)
Pertama : Hani Azlin Hussin Shaukat
Kedua : Nor Azimah Ismail
Ketiga : Lily Khairiah Kadaruddin
Kategori Misteri
Gaya Balingan Terbaik : Maizah Mohammad
Penampilan Terbaik : LESTARI
Raja Longkang : Kamarul Ifzam Mohd Zain
Ratu Longkang : Suzana Abu Bakar
Pemain Harapan : Norlinda Omar
Best Team Leadership : FST
Diharapkan agar k-Sains sentiasa memacu ke hadapan selaras dengan misi dan visi UKM sebagai satu landasan untuk mengilham harapan seterusnya mencipta masa depan.
Unit Sukan & Rekreasi,k-Sains