Thursday, January 10, 2008

Sejarah Awal

Sejarah Perjumpaan Kumpulan Pegawai Sains UKM

Oleh: Mohd. Hairul Faizal bin Ahmad

Ilham untuk mewujudkan kumpulan Pegawai Sains UKM telah dibangitkan dalam Mesyuarat Pegawai Sains, Fakulti Sains dan Teknologi pada 18 Mac 2005. Kumpulan yang terdiri daripada 10 orang Pegawai Sains ini memainkan peranan dalam mengumpul semua Pegawai Sains yang berkhidmat di UKM. Kumpulan ini menjadi kumpulan penaja dalam membentuk kepimpinan Pegawai Sains hingga ke hari ini.

Tujuan utama diwujudkan perjumpaan Pegawai Sains UKM adalah untuk memberi maklumat berkenaan peranan dan tugas hakiki Pegawai Sains dalam Skim Perkhidmatan Sains, peranan Pegawai Sains dalam meningkatkan penyelidikan Universiti, bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan di kalangan ahli-ahli, merancang dan menjalankan aktiviti bersama, menjaga kebajikan serta merapatkan hubungan antara Pegawai Sains.

Pada 14 Mei 2005, Perjumpaan Pegawai Sains UKM yang pertama telah diadakan dengan jayanya. Perjumpaan ini diadakan di Bilik Mesyuarat FST dengan peglibatan Pegawai Sains dari Kampus UKM Bangi, HUKM, Fakulti Perubatan dan Kampus Kuala Lumpur. Tujuan diadakan perjumpaan adalah untuk melantik barisan kepimpinan dalam menerajui kumpulan Pegawai Sains UKM. Dalam perjumpaan ini, kumpulan penaja yang dianggotai dikalangan Pegawai Sains FST telah diberi kepercayaan menjalankan tugas untuk tempoh 2005-2007. Beberapa ahli telah dilantik untuk mengisi jawatankuasa yang mewakili Pegawai Sains Fakulti/Institut/Bahagian masing-masing. Berikut adalah Ahli Jawantankuasa Tetap Perjumpaan Pegawai Sains yang telah dilantik untuk tempoh 2005-2007;

Pengerusi : Puan Normalawati Shamsudin

Timbalan Pengerusi : En. Kamarul Hata Abu

Setiausaha I : Puan Nor Fauziana Abd. Aziz

Setiausaha II : En. Mohd. Hairul Faizal Ahmad

Bendahari : Puan Nur Sharliza Muhd. Rapi’Ain

Ahli JawatanKuasa :

FSKB : Tuan Hj. Shukor Hakim

HUKM : En. Mohd. Danori Sardi

LESTARI : En. Bisharuzi Omar

FST : En. Haris Hafizal Abd. Hamid

UMBI : Puan Roszita Ibrahim

Perubatan : Puan Norhayati Mohd. Yassin

Kejuruteraan : Mohd Rohaizat Mat Tahir

Dalam perjumpaan ini juga telah dibangkitkan beberapa isu berkenaan kenaikan pangkat, cuti belajar, peruntukan menjalani kursus/seminar/latihan dalam dan luar negara, soalan dalam Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) dan penglibatan Pegawai Sains dalam PERTADI UKM.

Beberapa perjumpaan telah diadakan sepanjang tempoh 2005-2007.Berikut adalah rangkuman berkenaan perjumpaan yang telah diadakan.

14 Mei 2005 Perjumpaan Pegawai Sains UKM Bil.1/2005. Beberapa Pegawai Sains dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap Perjumpaan Pegawai Sains untuk tempoh 2005-2007.

29 Jun 2005 Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Tetap Pegawai Sains Bil.1/2005

1 Julai 2005 Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Tetap Pegawai Sains dengan wakil Penolong Pendaftar (Bahagian PTK).

28 Sept. 2005 Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Tetap Pegawai Sains Bil.2/2005

15 Dis. 2005 Perjumpaan Pegawai Sains UKM Bil.2/2005.

7 Feb. 2006 Perjumpaan Ahli Jawatankuasa Tetap Pegawai Sains dengan wakil PERTADI.

12 Dis. 2006 Perjumpaan Pegawai Sains UKM Bil.1/2006

16 Jan. 2007 Perjumpaan Pegawai Sains UKM Bil.1/2007. Beberapa Pegawai Sains dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Tetap Perjumpaan Pegawai Sains untuk tempoh 2007-2009.

Berikut adalah Ahli Jawantankuasa Tetap Perjumpaan Pegawai Sains yang telah dilantik untuk tempoh 2007-2009;

Pengerusi : En. Mohd Danori Sardi

Timb. Pengerusi : En. Haris Hafizal Abd. Hamid

Setiausaha I : Pn. Hir Yanti Md. Tahir

Setiausaha II : En. Mohd. Hairul Faizal Ahmad

Bendahari : Pn. Normalawati Shamsudin

AJK (Wakil Bagi Setiap Fakulti)

FST : En. Rusli Yahya

HUKM : Pn. Aini Ardena Mustapha

FSKB : Pn. Hazni Falina Mohamad

Perubatan : HUKM : Pn. Musilawati Muhajir

KKL : Pn. Norhayati Mohd Yasin

UMBI : Roszita Ibrahim

IMEN/FKEJ/ANGKASA : En. Mohd Faizal Aziz

LESTARI : En. Bisharuzi Omar

PPPI : Pn. Norzamzurina Ismail

Pej. Pegawas Keselamatan : Pn. Suzana Abu Bakar

No comments: