Thursday, February 28, 2008

IMEN dalam Estidotmy Februari 2008





Sekiranya ada rakan-rakan pegawai sains dan bloggers lain yang membeli akhbar Utusan Malaysia semalam ( 27/2/2008), di dalamnya disertakan sekali sisipan Estidotmy.

Untuk pengetahuan, Estidotmy merupakan sisipan bulanan sains dan teknologi yang dibiayai oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi ( MOSTI) dan diselia oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 2002 dan kini boleh di dapati dalam bentuk CD di ASM.

Tujuan utama penerbitannya ialah untuk meningkatkan kesedaran pelbagai lapisan masyarakat terhadap sains dan teknologi. Di samping itu, ia juga merupakan salah satu penerbitan Sains dan Teknologi berbahasa Melayu yang berusaha untuk menarik golongan pelajar di peringkat sekolah rendah lagi dalam meminati S&T.

Isi kandungannya memuatkan artikel-artikel yang mudah difahami, kuiz sains, cit cat saintis tempatan, eksperimen sains yang ringkas, biografi saintis islam, kerjaya dalam bidang sains dan sebagainya.

Untuk keluaran bulan Februari 2008, pihak wartawan sains dan jurugambar Utusan telah membuat liputan mengenai perkembangan Nanoteknologi dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN), UKM menjadi rujukan mereka kali ini. Gambar kulit hadapan Estidotmy ialah Pengarah IMEN, Profesor Burhanuddin Yeop Majlis lengkap memakai "jumpsuit" ketika berada di dalam Cleanroom di Makmal Fabrikasi MEMS, IMEN.

p/s : Sesuai dengan 'tagline' UKM, "Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan" dan juga moto Komuniti Pegawai Sains UKM, "Bersama Membantu Meningkatkan Kecemerlangan Universiti" editor blog ini mengalu-alukan sebarang berita dan perkembangan semasa aktiviti yang dijalankan di tempat saudara-saudari bertugas untuk dikongsi bersama.

Sekian
Faizal ..

No comments: