Thursday, May 15, 2008

Lawatan ke Kualiti Alam Sdn. Bhd Negeri Sembilan

Pejabat Pengawas Keselamatan telah mengadakan satu lawatan ke Kualiti Alam Sdn Bhd bertempat di N.Sembilan pada hari ini (15 Mei). Rombongan lawatan terdiri daripada Pegawai Sains, Penolong Pegawai Sains, Juruteknik dan Pembantu Makmal. Lawatan diketuai oleh Pegawai Sains Pejabat Pengawas Keselamatan, saudari Siti Rahimah Umar. Antara objektif lawatan ialah untuk:

1. Meninjau kaedah pelupusan sisa kimia yang dijalankan
2. Melihat peralatan yang digunakan dalam proses pelupusan
3. Melawat makmal-makmal penyelidikan pelupusan sisa
4. Mendengar taklimat operasi organisasi Kualiti Alam Sdn Bhd.

Berikut adalah sebahagian dari gambar-gambar yang sempat dirakam di sana. Gambar lain kena tunggu dari kamera Siti Rahimah..





p/s: 4 orang pegawai sains yang turut serta ialah

1. Mohd Faizal Aziz ( IMEN)
2.Mohd Nor Faizal ( Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
3. Siti Rahimah Umar (Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan)
4. Lupa nak tanya nama ( sapa nama ekk)

oleh..faizal (IMEN)

No comments: