Sunday, June 29, 2008

Selamat Bersara!!

Untuk makluman semua, pada 27/6/2008 baru-baru ini, salah seorang AJK Komuniti PS telah bersara pilihan sebagai pegawai sains setelah berkhidmat selama lebih 24 tahun dengan perkhidmata kerajaan di HUSM (1984-1992) dan HUKM (1992-2008). Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Norhayati Mohd Yassin dari Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan HUKM.
Selama berkhidmat di UKM beliau telah mencurahkan banyak tenaga dan bakti serta membantu dalam projek penyelidikan yang dijalankan di HUKM. Atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan, beliau telah mendapat pelbagai anugerah antaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004, Anugerah Tesis Cemerlang 2005 dan Anugerah Dekan 1999.

Kami selaku AJK Pegawai Sains dan rakan-rakan PS yang lain mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi Puan Norhayati demi mewujudkan Komuniti Pegawai Sains yang aktif di UKM seterusnya menyumbang sesuatu untuk kecemerlangan universiti. Kami juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata atau kelakuan yang menyinggung perasaan sepanjang menjalankan tugas.

Salam hormat dari kami Komuniti Pegawai Sains Universiti Kebangsaan Malaysia!

Selamat Bersara!

p/s: harap maaf, tiada gambar.

~faizal~

No comments: