Friday, August 29, 2008

Produk I-Charge Teknologi Dari Jepun




Produk I-Charge Untuk Menjimatkan Petrol/Diesel/NGV



Untuk keterangan lanjut sila hubungi;
MOHD HAIRUL FAIZAL HJ. AHMAD
019-2721279





Saturday, July 12, 2008

Artikel di Dewan Budaya Julai




Dengan judul "Budaya Saintifik di Makmal Penyelidikan' rencana ini termuat dalam Dewan Budaya Julai 2008 di muka surat 4. Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan di pasaran sekarang ( kedai majalah di Warta Bangi, sebelah Poh Kong ada jual majalah ini)
Promote jangan x promote..hehe

~faizal IMEN~

Friday, July 11, 2008

Cantik betul Buletin FST terbaru!

Semalam IMEN ada terima satu copy Buletin FST..Wah..hebat jugak team editor Buletin di sana yer..Tahniah!!..Ada tak kebarangkalian org bukan dari FST boleh menyumbang?!..hehe..Sila jawab Kak Mala :-)
Apa-apa pun, buletin ini penuh dengan maklumat yang menarik dan gaya penyampaian yang santai..Tahniah sekali lagi!

~Faizal IMEN~

Thursday, July 10, 2008

Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 2008

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM (JKKP-UKM) akan menganjurkan Minggu Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan UKM 2008 (MKKP-UKM)


pada 14 – 18 Julai 2008.

Semua Pegawai Sains dijemput untuk setiap aktiviti yang dijalankan.

Bagi Seminar Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Kempen Keselamatan Lalulintas & Jalan Raya – sila lengkap Borang Penyertaan dan faks kembali di talian 03-8926 9470. Penyertaan adalah percuma.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi 03-8921 3257 (Siti Rahimah Umar)

p/s: Brochure/borang dihantar ke emel group P.Sains ( so@ukm.my )

~Rahimah~

Sunday, June 29, 2008

Selamat Bersara!!

Untuk makluman semua, pada 27/6/2008 baru-baru ini, salah seorang AJK Komuniti PS telah bersara pilihan sebagai pegawai sains setelah berkhidmat selama lebih 24 tahun dengan perkhidmata kerajaan di HUSM (1984-1992) dan HUKM (1992-2008). Beliau yang dimaksudkan ialah Puan Norhayati Mohd Yassin dari Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan HUKM.
Selama berkhidmat di UKM beliau telah mencurahkan banyak tenaga dan bakti serta membantu dalam projek penyelidikan yang dijalankan di HUKM. Atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan, beliau telah mendapat pelbagai anugerah antaranya ialah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2004, Anugerah Tesis Cemerlang 2005 dan Anugerah Dekan 1999.

Kami selaku AJK Pegawai Sains dan rakan-rakan PS yang lain mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi Puan Norhayati demi mewujudkan Komuniti Pegawai Sains yang aktif di UKM seterusnya menyumbang sesuatu untuk kecemerlangan universiti. Kami juga memohon ribuan ampun dan maaf sekiranya terdapat kata-kata atau kelakuan yang menyinggung perasaan sepanjang menjalankan tugas.

Salam hormat dari kami Komuniti Pegawai Sains Universiti Kebangsaan Malaysia!

Selamat Bersara!

p/s: harap maaf, tiada gambar.

~faizal~

Tuesday, June 17, 2008

Wacana Ilmu



Tajuk
Fizik dan Metafizik: Jambatan Penting untuk dihuraikan oleh Sufisme dan Mekanik Kuantum

Penceramah
Prof. Dr. Shahidan Radiman

Tarikh & Tempat
10 Julai 2008
Khamis, 2.30 Petang Bilik Majlis Aras 5, UKM

Jom ramaikan majlis ilmu

by faizal