Monday, August 10, 2009

Lagi di berita PS Media

TIGA pasukan, UKM ATTOP, Kolej Ungku Omar (KUO) dan Kolej Keris Mas (KKM) A bakal mewakil Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada saingan Grand Final Kosmo! Varsiti Futsal 2009 yang akan berlangsung dari 9 hingga 11 Oktober depan.

UKM ATTOP yang dibarisi sebahagian besar pelajar Fakulti Sains dan Teknologi itu muncul juara bagi kategori lelaki terbuka selepas menewaskan Hamid Friendz 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.

"Terima kasih kepada Azzuri Enterprise kerana menaja jersi jenama ATTOP kepada pasukan ini. Rahsia kejayaan pasukan ialah kami telah bermain bersama sejak Februari lalu," kata pengurus pasukan UKM ATTOP, Bisharuzi Omar.

UKM ATTOP muncul naib juara Kumpulan C selepas menewaskan Square 9 (3-0), KKM B (3-1) dan seri 1-1 dengan Hamid Friendz.

Pada peringkat suku akhir, mereka menewaskan Kolej Rahim Kajai (KRK) 4-0 dikuti kemenangan 3-1 ke atas Kolej Datuk Onn pada separuh akhir.

Sementara itu, KKM A yang tewas 1-2 kepada Hamid Friendz pada separuh akhir tetap layak ke Grand Final menerusi tiket bagi kategori bawah 23 tahun memandangkan mereka yang terbaik di kalangan pasukan yang menampilkan semua pemain bawah 23 tahun.

Bagi kategori wanita pula, KUO layak ke Grand Final selepas menewaskan pasukan jemputan, Staf UKM 2-1 menerusi sepakan penalti selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.

Andai tewas kepada Staf UKM sekali pun, KUO tetap layak meman- dangkan Staf UKM hanya bertaraf pasukan jemputan.

KUO muncul juara Kumpulan A selepas membelasah Kolej Ibrahim Yaakub (KIY) 3-0 dan Kolej Ibu Zain (KIZ) 3-0 sebelum menewaskan Maria Mercedes 1-0 pada aksi separuh akhir.

"Pasukan kami baru ditubuhkan Rabu lalu dan berlatih dalam masa yang singkat. Tetapi kami telah bermain bersama sejak semester lepas," kata penjaga gol KUO, Siti Rohani Mohd. Sofian, 21, yang juga bertindak sebagai kapten dan pengurus pasukan.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pusat Sukan UKM, Jaslana Hussen.

Penganjur Kosmo! Varsiti Futsal Peringkat UKM, Abdul Wahab Ha- shim yang juga Pegawai Belia dan Sukan UKM berkata, kejohanan sehari itu melibatkan 15 pasukan lelaki, enam pasukan wanita dan juga tiga pasukan staf lelaki.

"Sepatutnya lebih 30 pasukan menyertai peringkat UKM ini. Tetapi disebabkan wabak selesema babi (H1N1), ramai pelajar yang pulang pada hujung minggu. Apa pun, kejohanan kali ini berjalan dengan lancar," kata Abdul Wahab.

Saingan semalam turut diselangi dengan Konsert Mini DiGi selaku penaja utama kejohanan yang menampilkan beberapa artis tempatan seperti Dayang Nurfaizah, Ayu OIAM2, kumpulan Ask Me Again dan Deserters bagi menghiburkan pemain dan penonton yang hadir.

~faizal

p/s:tabikkk

p/s/s: mana-mana ahli Komuniti Pegawai Sains yang ingin memasukkan berita atau hebahan tentang aktiviti PS di blog, anda dialu-alukan berbuat demikian..

terima kasih!

No comments: