Thursday, August 6, 2009

Pegawai Sains di Media

SUMBER: KOSMO ONLINE

PASUKAN UKM ATTOP muncul juara Kejohanan Futsal Terbuka Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sempena Pesta Konvokesyen ke-32 universiti itu di Bangi baru-baru ini.

UKM ATTOP berjaya mengesahkan kejuaraan selepas mengalahkan ARC FC 3-1 pada perlawanan akhir.

Gol UKM ATTOP dijaringkan oleh Ahmad Mukhfiz, Khairul Shafiq dan Muhamad Norshafiq manakala Ku Ahmad Fihri meledak gol tunggal ARC.

Terdahulu, pada aksi separuh akhir, UKM ATTOP mengalahkan UNITE FC 2-1 manakala ARC menang 1-0 ke atas Bomba Selangor.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Bomba Selangor mengalahkan UNITE FC 1-0.

Kejohanan ini diadakan bagi mempromosikan konvokesyen yang akan diadakan pada 12 hingga 18 Ogos ini di kampus induk UKM di Bandar Baru Bangi.

Selain futsal, terdapat juga pertandingan tarik tali, bola keranjang dan catur sempena pesta sukan ini.

Menurut pegawai kejohanan, Bisharuzi Omar, sebanyak 34 pasukan menyertai pertandingan ini.

"Di kesempatan ini juga, saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Azzuri Enterprise, pengeluar dan pengedar barangan sukan berjenama ATTOP kerana sudi menaja jersi pasukan dan kasut sukan kepada pasukan UKM ATTOP," jelas Bisharuzi yang juga pengurus pasukan UKM ATTOP.

Mana-mana pasukan yang berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan UKM ATTOP boleh menghubungi Bisha di talian 019- 2700026 atau Sulaiman (016- 3862525).

~faizal~

p/s: Mantappp

No comments: